FAMA Negeri Sembilan terima tambahan 25 tan metrik BPT - Utusan Malaysia

FAMA Negeri Sembilan terima tambahan 25 tan metrik BPT

AMINUDDIN Harun (empat dari kiri) hadir pada Program Jualan Agro Madani Nismilan Prihatin di Dataran Kampung Pachitan Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan telah menerima tambahan sebanyak 25 tan metrik atau 2,500 kampit 10 kilogram beras putih tempatan (BPT) hari ini menerusi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut merupakan fasa kedua program intervensi berkenaan di negeri ini selepas fasa pertama sebanyak 2,000 kampit telah diedarkan dan dijual di seluruh outlet FAMA di negeri ini pada 20 September lalu.

“Diharapkan supaya semua pihak tidak membeli BPT dalam keadaan panik. BPT akan disediakan melalui FAMA secara berkala dari pihak pembekal dari masa ke semasa.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan FAMA meningkatkan jumlah BPT supaya semua rakyat Negeri Sembilan, dapat membeli BPT,” katanya sewaktu berucap pada Program Jualan Agro Madani Nismilan Prihatin di Dataran Kampung Pachitan di sini hari ini.

Semalam Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Shahlan Kusaseh memberitahu, pihaknya telah membuat tempahan sebanyak 110 tan metrik bekalan BPT bagi pelaksanaan Intervensi Pengedaran BPT di negeri ini.

Jumlah tersebut bagi menampung permintaan orang ramai selepas jualan pertama yang diadakan baru-baru ini dilihat tidak mencukupi sehingga menimbulkan rungutan di beberapa lokasi jualan.

Sementara itu, Aminuddin berkata, sehingga kini FAMA Negeri Sembilan telah melaksanakan sebanyak 161 Program Jualan Agro Madani khas untuk rakyat Negeri Sembilan dengan anggaran nilai jualan usahawan yang berjaya dijana adalah sebanyak RM3.66 juta.

Objektif penganjuran program jualan tersebut adalah meningkatkan ketersediaan bagi memudahkan penduduk mendapatkan bekalan produk produk segar seperti ayam, daging ikan dan sayur-sayuran pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya