KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara melantik bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz atau Nik Abduh sebagai Ahli Dewan Negara.
Pelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebaik Speaker Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengemukakan cadangan tersebut.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mencadangkan nama Nik Abduh sebagai senator.
Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohd. Fadzli Hassan.
Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.- UTUSAN