Dua beradik rentung dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Dua beradik rentung dalam kebakaran rumah

Dua beradik rentung dalam kebakaran enam buah rumah di di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu semalam.-Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua beradik berusia lima dan enam tahun yang ditinggalkan sendirian di sebuah ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan enam rumah  di Kampung Pulutan, Menggatal petang semalam.

Dalam kejadian  pukul 1 petang, kedua-dua beradik malang iaitu Jackron Jabri, 6, dan Jayraiyen Jabri, 5,  ditemukan rentung di ruang tamu rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan sendirian di rumah kerana ibunya keluar bekerja manakala bapa mereka  menghantar anak  saudaranya  ke hospital.

“Difahamkan adik-beradik lain dua mangsa  pergi ke sekolah. Salah seorang mangsa yang berusia enam tahun dikatakan baru pulang dari pra sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan  pukul 1.13 petang sebelum dua pasukan daripada BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik  tiba di lokasi,  didapati enam buah rumah  terbakar sebelum pemeriksaan menemui dua beradik rentung di sebuah rumah yang terbakar.

Api dapat dikawal pada pukul 2.53 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 5.25 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya