Digital Perak percepat transformasi pendigitalan PKS

Digital Perak percepat transformasi pendigitalan PKS

PARA pemenang Pertandingan Video Pendek Ramadan dan Raya anjuran Perak Digital diraikan pada majlis penyampaian hadiah di Ipoh. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak), sebuah agensi yang menerajui pembangunan ekonomi digital buat negeri Perak, menyasarkan 80 peratus sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro di negeri ini melaksanakan pendigitalan dalam perniagaan mereka bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi­tal Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, sasaran transformasi pendigitalan perniagaan PKS merupakan usaha berterusan yang dijayakan bersama beberapa agensi kerajaan negeri seperti Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) serta agensi kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, penerimaan dalam kalangan usahawan PKS di negeri ini ke arah pendigitalan masih perlahan dan banyak usaha perlu dilakukan secara bersama termasuk dengan institusi kewangan untuk promosi ke arah pendigitalan, bermula dengan pembayaran digital dan atas talian.

“Berdasarkan angka dalam pangkalan data, terdapat berpuluh-puluh ribu usahawan PKS di negeri ini tetapi yang aktif melaksanakan dan mengadaptasikan pendigitalan mungkin antara lima hingga lapan peratus sahaja.”

“Untuk itu, Digital Perak de­ngan kerjasama agensi lain dan pihak industri sedang giat ber­usaha supaya dalam jangka masa tiga hingga lima tahun akan datang, 80 peratus daripada PKS ini sekurang-kurang­nya melaksanakan pembayaran atau transaksi digital dalam perniagaan mereka.

“Mereka kena terima transformasi pendigitalan ini, kerana tiada pilihan lain jika mereka ingin mengembangkan perniagaan mereka. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelin­tirnya khususnya generasi lama lebih cenderung menggunakan kaedah lama, dan kita perlu bantu juga mereka supaya tidak ketinggalan dalam gelombang digitalisasi” katanya.

Mohamad Suhaimi berkata, tahap kesedaran perlunya transformasi digital sememang­nya disedari oleh usahawan PKS ini dan cabarannya ialah untuk mempercepatkan transformasi dan adaptasi pendigitalan me­lalui peningkatan kebolehan, meminimumkan risiko dan memudahkan akses kepada platform dan perkhidmatan.

Menurutnya, sejajar dengan pelaksanaan pelan Perak Sejahtera 2030 kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohmad, proses adaptasi pendigitalan PKS perlu dipercepatkan kerana kesedaran dalam kalangan usahawan PKS sudah ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya