DAP fokus bantu kempen BN-UMNO di DUN Pelangai

DAP fokus bantu kempen BN-UMNO di DUN Pelangai

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama Lim Guan Eng dan Anthony Loke menyanyikan lagu "Setia" pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP yakin semangat kemenangan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor akan diteruskan pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, DAP mengerahkan jenteranya bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi sekali gus mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau berkata, kejayaan dan kemenangan di PRK Johor itu menjadi pembakar semangat dan suntikan keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan membawa semangat ini ke PRK Pelangai. Di Johor, jentera UMNO dan BN memberi sokongan penuh kepada calon PH di Pulai dan Simpang Jeram.

“Jelas sekali itu adalah formula kejayaan dan sudah tentu apabila sampai DUN Pelangai nanti giliran PH akan bantu kempen calon Umno-BN,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang juga antara 10 individu terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Bandar Elmina, 17 Ogos lalu.

Pada masa sama, Loke berkata, beliau yakin dengan kerjasama semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, Dun Pelangai akan kekal milik UMNO dan BN.

“Kebetulan Dun Pelangai di bawah Parlimen Bentong diwakili Ahli Parlimen, Young Syefura dari DAP. Sudah tentu DAP akan mengerahkan jentera di pusat daerah mengundi (PDM) yang kita ada sokongan seperti di Telemong dan beberapa kawasan kampung baharu Cina,” katanya.

Sementara itu Loke berkata, kemenangan di PRK Pulai dan Simpang Jeram memberi isyarat bahawa rakyat dan pengundi mahukan kestabilan politik dalam negara.

“Rakyat mahukan kestabilan politik, sebab sentimen dan naratif dimainkan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK, kalau menang di Pulai kerajaan akan berubah.

“Itu memakan diri mereka kerana ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak mahu melihat ketidakstabilan politik, berpecah-pecah, kerajaan jatuh dan bertukar tangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya