Cubaan seludup benih udang bernilai RM2 juta gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup benih udang bernilai RM2 juta gagal

BENIH udang karang (gambar kecil) yang dirampas selepas tertangkapnya lima lelaki di Jeti Awam Legaran Air Gemuruh, Sedili, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup benih udang dari negara jiran melibatkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM2 juta di Jeti Awam Legaran Air Gemuruh, Sedili semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kira-kira pukul 5.30 petang, sepasukan polis daripada unit risik marin markas taktikal Pengerang menerima maklumat berkaitan sebuah bot fiber yang mencurigakan di jeti awam tersebut. 

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa sejumlah kotak gabus berwarna putih yang disyaki mengandungi benih udang karang daripada negara jiran yang tidak mempunyai permit 

“Pihak polis telah menahan lima lelaki warga tempatan yang berumur antara 21 hingga 43 tahun. Rampasan melibatkan 50 kotak putih yang mengandungi 24 bungkusan plastik berisi 150 ekor benih udang karang, sebuah bot fiber bersama dua buah enjin dan sebuah lori.

“Nilai rampasan keseluruhan adalah berjumlah RM2,045,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 40 Akta Perikanan 1953 yang memperuntukkan  hukuman denda tidak kurang daripada RM500 dan tidak lebih daripada RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kamarul Zaman menasihatkan golongan yang masih terlibat dalam aktiviti penyeludupan agar berhenti kerana pihak polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaki aktiviti tersebut.

Masyarakat juga digesa supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis tentang apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang dan peraturan supaya keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya