Buli: Polis panggil dua murid tahun lima

Buli: Polis panggil dua murid tahun lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Polis akan memanggil dua murid tahun lima yang dipercayai membuli rakan mereka di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini pada minggu lalu selepas rakaman perlakuan itu tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kedua-dua murid berusia 11 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini untuk diambil keterangan.

Menurutnya,tindakan itu diambil selepas bapa mangsa membuat laporan polis berkait kejadian itu pada pukul 10.55 pagi semalam.”Siasatan awal yang dilakukan mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada 14 September lalu. Mangsa ketika itu berada di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini sebelum didatangi kedua-dua suspek yang bertindak memukulnya.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan ke atas mangsa mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suzaimi memberitahu,pihak sekolah sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian seorang murid lelaki dibuli dua rakan sekolahnya.

Video tersebut menunjukkan salah seorang daripada kanak-kanak itu menendang dan memukul mangsa yang memegang sebelum memakai sebelah kasut sekolahnya.

Ibu mangsa mendakwa, anaknya dibuli sehingga terpaksa menyembunyikan wang di dalam stoking untuk membeli makanan di kantin sekolah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya