Bekas ADUN Paloh kritikal, terpaksa ditidurkan

Bekas ADUN Paloh kritikal, terpaksa ditidurkan

NOZULA Mat DIah (duduk kiri) bersama ahli keluarga ketika menerima kunjungan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di kediamannya di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah, 66, dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan akibat kompilasi demam denggi.

Isterinya Datin Mastura Osman, 51, berkata, pada Ahad lalu suami telah dibawa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.

Menurutnya, bagaimanapun suami terpaksa di masukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Beliau (Nozula) terkena demam denggi yang teruk. Doktor yang merawat memberitahu organ dalaman suami seperti buah pinggang dan hati telah terkena serangan itu (denggi).

“Situasi itu menyebabkan suaminya terpaksa menjalani rawatan dialisis. Ekoran itu doktor sudah memanggil semua ahli keluarga dan memaklumkan beliau perlu ditidurkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mastura memberitahu, tindakan itu bagi menggelakan suami terkena jangkitan kuman lebih serius.

Katanya, beliau meminta seluruh rakyat untuk mendoakan agar Allah menghadirkan keajaiban supaya suami kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Saya pohon jasa baik kenalan suami dan rakyat negeri ini seluruhnya untuk mendoakan kesembuhan Datuk Nozula,” ujarnya.

Nozula menjadi ADUN Paloh dari Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun sejak 1990.

Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun 2018 lalu, nama beliau digugurkan sebagai calon.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya