Bapa lima anak didakwa lakukan amang seksual - Utusan Malaysia

Bapa lima anak didakwa lakukan amang seksual

R. KENGGANTHRAN didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu.

Tertuduh, R. Kengganthran, 41, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Siti Noraidah Sulaiman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang kemaluan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun lapan bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah alamat no 04-12, Blok 4, Jalan Megah Ria 2/2 Taman Bukit Mewah, Tampoi pada pukul 6.30 petang, 30 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang sama dengan cara menyuruhnya memegang kemaluan tertuduh di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(b) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.

Nur Farah Wahida turut mencadangkan tiga syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah membenarkan jaminan yang lebih rendah memandangkan dia tidak bekerja.

“Saya ada anak lima orang dan saya tidak kerja kerana jaga anak. Hanya isteri saya sahaja yang bekerja. Saya tak buat puan,” katanya yang merupakan rakan kepada ibu mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta tiga syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan serta menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam bela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya