Akta Tatakelola Sektor Awam bakal diperkenal - Utusan Malaysia

Akta Tatakelola Sektor Awam bakal diperkenal

Kerajaan akan menubuhkan Akta Tatakelola dalam sektor awam. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan sebagai panduan tatakelola bebas rasuah dalam sektor awam mahupun swasta. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk memulihkan imej negara  pada peringkat antarabangsa dan mengangkat darjatnya menjadi negara bermaruah dan antirasuah.

“Kerajaan menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah sedunia dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata beliau   katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

.Menurut beliau, di bawah Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan memperkenalkan dua anjakan utama iaitu Tatakelola dan Rangka Kerja Institusi dan Perundangan Berkaitan Rasuah. 

“Selain daripada penambahbaikan aspek perundangan dan penguatkuasaan, kerajaan juga menekankan pengukuhan jati diri dan akhlak dalam diri setiap warga negara. 

“Justeru, pentingnya pendidikan kesedaran antirasuah yang harus dikembangkan pada semua peringkat usia. Sementelahan, agenda mempromosi dan mendidik masyarakat mengenai nilai-nilai murni demi membina sahsiah terpuji akan terus direkayasa,” kata beliau

Perdana Menteri berkata, bagi memperkemas jentera perkhidmatan awam, Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menyegerakan pelaksanaan projek serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya