Akrab sejak kecil, Hazim-Fikri temui ajal bersama - Utusan Malaysia

Akrab sejak kecil, Hazim-Fikri temui ajal bersama

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 39.3, Jalan Muar-Tangkak yang mengorbankan dua sahabat karib semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Jenazah dua sahabat karib yang maut apabila Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 39.3, Jalan Muar-Tangkak berhampiran Sagil, di sini selamat dikebumikan, petang semalam.

Menurut Muhd. Haziq Abdul Halim, 26, abang kepada pemandu Perodua Myvi, Muhammad Hazim Abdul Halim, 25, Allahyarham adiknya itu berkawan rapat sejak di awal sekolah rendah dengan Allahyarham Muhamad Fikri Amaludin, 24.

“Muhamad Fikri hampir saban hari ke rumah kami sejak zaman kanak-kanak untuk berjumpa dengan Hazim.

“Mereka sangat akrab walaupun kini Hazim menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, manakala Muhamad Fikri menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Saya masih terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan apa yang diberitahu menerusi WhatsApp oleh saya mengenai kemalangan itu.

“Mereka akhirnya pergi menemui ajal ditakdirkan bersama-sama,” katanya ketika ditemui di Paya Merah, Labis.

Muhd. Haziq yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta jarang bertemu mereka sejak akhir-akhir ini kerana kedua-duanya menyambung pengajian di universiti.

“Walaupun masih terkejut dengan pemergian mereka, tetapi saya reda kerana ajal maut di tangan Tuhan,” katanya dalam nada sebak.

Jenazah Muhammad Hazim yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Paya Merah, Labis, manakala jenazah Muhamad Fikri di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tenang kira-kira pukul 6.30 petang.

Semalam media melaporkan dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan treler di Kilometer 39.3 Jalan Muar-Tangkak.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Hazim dari arah Tangkak ke Segamat dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dsb bertembung dengan sebuah treler. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya