Akibat gagal bayar hutang RM300, rumah disimbah cat - Utusan Malaysia

Akibat gagal bayar hutang RM300, rumah disimbah cat

RUMAH mangsa disimbah cat merah oleh seorang lelaki kerana gagal membayar hutang RM300 di Bandar Putra, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Polis berjaya menahan seorang lelaki kurang dari 24 jam selepas dia menyimbah cat merah di sebuah rumah di Bandar Putra, di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di Taman Sutera Kampung Jawa dalam serbuan pukul 5.45 petang semalam.

“Pihak polis menahan suspek selepas menerima laporan daripada seorang pembantu kedai makan wanita berusia 38 tahun berkaitan kejadian simbah cat merah di pintu pagar dan laluan lantai luar rumahnya di Bandar Putra, kira-kira pukul 1.30 pagi, semalam.

“Sewaktu serbuan, lelaki itu ditahan bersama barang rampasan sebuah telefon bimbit jenis OPPO, kad sim nombor pendaftaran U Mobile dan tong bekas cat merah.

“Hasil tangkapan tersebut, pihak polis dapat menyelesaikan satu kes jenayah  membabitkan kes simbah cat merah serta ugutan jenayah. Siasatan awal mendapati mangsa didakwa gagal membayar hutang sebanyak RM300 selain menyekat talian panggilan telefon suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil semakan, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek yang merupakan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427/507 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya