Ya, Akhyar teman istimewa- Eyka Farhana

Ya, Akhyar teman istimewa- Eyka Farhana

akhyar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sekarang, apa yang saya rasa mahu atau perlu untuk kongsi, saya kongsi. Hubungan kami pun seperti biasa sahaja.”

Demikian jawapan pelakon, Eyka Farhana ketika ditanya berkenaan hubungan rapatnya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Kongsi Eyka, dia ketika ini sedang menikmati kehidupan bahagia di samping teman istimewanya itu dan saling menyokong kemajuan karier masing-masing.

“Kami sudah berkawan hampir lima tahun. Ramai juga tanya kenapa saya mahu sorok-sorok (hubungan dengan Akhyar), tetapi bila saya terbuka sedikit, ada pula yang kecam dan mengata.

“Jadi saya menjalani kehidupan seperti biasa sahajalah. Alhamdulillah, dia pun sangat memberi sokongan karier saya dalam industri seni,” katanya.

Ditanya tentang jodoh, pelakon yang bakal menggegarkan layar perak menerusi filem Anak Perjanjian Syaitan 2 (APS2) itu menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan ketentuan Tuhan.

“Iya, dia seorang teman istimewa. Cuma itulah, buat masa ini banyak lagi perkara saya ingin capai dalam hidup. Tapi kalau memang sudah sampai jodoh dengan seseorang itu, tolak macam mana pun, tetap nak kahwin juga kan.

“Cuma buat masa sekarang, tak adalah bincang mahu ke fasa yang lebih serius. Mungkin belum masa sesuai,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya