45 ADUN Kelantan selesai angkat sumpah hari ini - Utusan Malaysia

45 ADUN Kelantan selesai angkat sumpah hari ini

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan diharap mampu melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang dengan berkesan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos  selesai mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Majlis angkat sumpah di Kota Darulnaim berlangsung di hadapan Speaker DUN Kelantan iaitu bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga ADUN Panchor Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengetuai majlis angkat sumpah tersebut diikuti oleh Timbalannya, Datuk  Dr. Mohamad Fadzli Hassan serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN-ADUN lain.

Pada PRN lalu, Pas yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 43 daripada 45 kerusi DUN.

Keputusan itu menyaksikan Pas membentuk kerajaan dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pas menang 37 kerusi manakala Bersatu edi enam kawasan iaitu Kok Lanas, Gual Ipoh, Bukit Bunga, Air Lanas, Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) hanya menang di kerusi DUN Kota Lama serta Galas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya