200 peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia berarak ke IPD Dang Wangi - Utusan Malaysia

200 peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia berarak ke IPD Dang Wangi

Peserta Perhimpunan Himpunan Selamatkan Malaysia berarak dari pekarangan Kampung Bharu sehingga ke perkarangan Pusat Beli Belah Sogo ketika tinjauan di sini hari ini. UTUSAN MALAYSIA / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia mula berarak dari masjid di Kampung Baru menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan atas dakwaan salah laku pemimpin kerajaan.

Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata,  mengumumkan tiada perhimpunan diadakan dan pergerakan ke IPD Dang Wangi itu bukan perarakan.

Menurut  beliau, himpunan hari ini bertujuan   bagi membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

“Antara tuntutan tersebut adalah meminta kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

“Kedua, kita mendesak agar Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan daripada kuasa eksekutif, dan ketiga kita minta dan desak undang-undang lebih adil kepada semua rakyat Malaysia… jangan ada dwi-standard,” katanya ketika berucap di hadapan Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Kata beliau, tuntutan itu sebagai permulaan himpunan yang akan menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti-parti politik yang cintakan integriti di negara ini.

Tinjauan mendapati, anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi kumpulan tersebut menuju ke IPD Dang Wangi.

Ahli kumpulan himpunan mula bergerak ke IPD Dang Wangi selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baru. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya