20 penyelam skuba bakal sertai PADI Aware ‘Dive Against Debris' - Utusan Malaysia

20 penyelam skuba bakal sertai PADI Aware ‘Dive Against Debris’

SEBAHAGIAN peserta yang melakukan persediaan awal untuk menyertai misi menyelam pada program PADI ‘Dive Against Debris' di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Seramai 20 penyelam skuba sedang bersiap sedia untuk menjalankan misi menyelam pada program PADI Awace ‘Dive Against Debris’ di Pulau Perhentian Kecil dekat sini, Sabtu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia (Salam) dan Black Eye Scuba Team (BEST) di bawah Sea Daddy Diver Services.

Penasihat program, Datuk  Zuraidah Atan berkata, penyelam skuba profesional itu akan bertindak membersihkan sampah sarap di dalam laut dan persekitaran pantai.

Menurutnya, kumpulan penyelam akan mengutip sampah yang boleh menjejaskan ekosistem bagi memelihara hidupan laut.

“Ketika penyelam skuba BEST bertungkus lumus di dasar laut, kira-kira 100 sukarelawan Salam dibantu oleh penduduk kampung pula akan menjalankan kerja sukarelawan membersih Pantai Pasir Panjang di pusat peranginan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu,  sampah yang dikumpul itu akan dikumpul, diasing, diukur, ditimbang serta direkod mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI) Aware Foundation.

‘Aktiviti tersebut selaras dengan matlamat pembangunan mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs). 

“Statistik berkenaan akan diserahkan kepada PADI Global Database dan jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Perikanan Malaysia untuk tujuan penyelidikan demi mencapai  UN SDGs dan statistik dalaman,” ujarnya.

Zuraidah berkata, program yang mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan dan agensi Pusat dan negeri itu bertujuan memupuk semangat menjaga alam sekitar, khasnya pemuliharaan lautan dan kebersihan pantai selaras dengan slogan ‘Menjaga Pantai dan Laut Bersih, Budaya Mulia, Amalan Kita’.

 Tambahnya, penyelam BEST dan sukarelawan  Salam akan memberi ceramah bertajuk ‘Memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin’ kepada 130 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian dan penduduk kampung. 

“Taklimat ini diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar,” ujarnya.

Selain itu, katanya, penyelam BEST juga akan memberi pencerahan aktiviti cara menyelam mengikuti SOP pematuhan antarabangsa kepada anak-anak muda berminat, mungkin ia boleh menjadi satu kerjaya baharu kepada mereka nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya