Waris mangsa dera harap dapat hak penjagaan - Utusan Malaysia

Waris mangsa dera harap dapat hak penjagaan

Mohamad Nazren Mohamad Zahir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Waris kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan berperwatakan tomboy di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang berharap mendapat semula hak penjagaan kanak-kanak itu.

Bapa saudara mangsa, Mohamad Nazren Mohamad Zahir, 31, berharap hak penjagaan kanak-kanak itu dapat diselesaikan segera.

Pihaknya bimbang jika hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini, kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga di sini.

“Selama ini kita tidak tahu keadaannya di sini bagaimana, kesian apabila tahu dan saya sangat harap pihak JKM boleh berikan hak penjagaan kepada waris, kita takut kalau JKM jaga dia di sini, dia seorang diri, keluarganya tiada. Dia (kanak-kanak itu) juga sudah tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mohamad Nazren yang juga abang kepada ibu kandung mangsa turut memberitahu, keluarganya telah menjaga kanak-kanak itu serta kakaknya yang berusia sembilan tahun sejak ibu bapa mereka bercerai pada 2018.

“Lepas pasangan itu berpisah pada 2018, kami sekeluarga menjaga mereka sejak kecil lagi, kakaknya juga bersekolah seperti rakan sebaya lain. Kami juga sudah berbincang dengan bapa kandungnya, dia setuju untuk serah penjagaan kepada kami sekeluarga.

“Sebelum ini tidak timbul sebarang isu semasa ibu kandung kanak-kanak itu ambil anak-anaknya dan bawa mereka berjalan-jalan kerana dia pulangkan kembali dalam keadaan baik sahaja.

“Tetapi pada September tahun lalu, ibunya pinjam kerana keluarga kerana hendak bawa berjalan ke Singapura, namun pada Mac lalu, ibunya hanya menghantar anak perempuannya. Dia mendakwa adiknya, iaitu mangsa dera gembira menetap di Johor dan dia sedia ambil tanggungjawab menjaganya dan menyekolahkan kanak-kanak itu di sini,” katanya.

Mohamad Nazren turut memberitahu, mangsa merupakan seorang yang sentiasa ceria dan sangat baik sehinggakan kanak-kanak itu masih boleh bersangka baik dengan individu yang menderanya.

“Dia (kanak-kanak itu) sangat baik, dia ingat dia kena pukul sebab ada buat kesalahan. Kami sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku, tetapi memang sedih kerana kami jaga dia sejak kecil lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bersikap cakna dengan keadaan kanak-kanak tersebut.

Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awiin Chua, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandungnya sejak bulan lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya