Warga Somalia didenda RM1,000, pegang belakang bahu wanita dalam lif - Utusan Malaysia

Warga Somalia didenda RM1,000, pegang belakang bahu wanita dalam lif

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warganegara Somalia yang merupakan pelajar doktor falsafah di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas kesalahan memegang belakang bahu wanita di dalam lif, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Yasin Abdi Alasow, 48, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Majistret turut menetapkan sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan bangkitan marah.

Perbuatan itu dilakukan di dalam lif sebuah apartmen di Nilai di sini kira-kira 7.05 petang, 31 Julai yang lalu.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya