Warga emas meninggal dunia, jatuh di pusat mengundi - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia, jatuh di pusat mengundi

ANUWAL AB WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh apabila tiba-tiba jatuh selepas mencelup jari dalam dakwat di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat dari pembantu klinik kira-kira pukul 11 pagi dan saisatan awal mendapati warga emas berusia 83 tahun berkenaan telah hadir ke SK Rokan untuk mengundi bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, semasa di Saluran Satu selepas mencelup jari dalam dakwat, wanita itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Kesihatan Gemencheh.

“Wanita warga emas berkenaan telah sedarkan diri namun paras oksigen di dapati semakin menurun. Bantuan asas hayat atau cardiopulmonary resuscitation telah dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan ke atas wanita itu namun tidak berjaya untuk diselamatkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Anuwal lagi, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada mengadu kepada keluarga bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik dari mengerjakan ibadah umrah.

Menurutnya, semasa sampai di tempat mengundi, si mati telah berjalan kaki dari kereta ke saluran satu.

“Terdapat rekod perubatan bahawa si mati adalah pesakit darah tinggi. Si mati telah dibawa ke bahagian kecemasan ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh keluarga yang berada di kawasan pengundian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mayat di hantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya