Warga China direman bantu siasatan operasi tapak pelupusan haram - Utusan Malaysia

Warga China direman bantu siasatan operasi tapak pelupusan haram

SEORANG lelaki warga China direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung premis pelupusan buangan bahan terjadual haram di Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga China direman selama empat hari bagi membantu siasatan premis pelupusan haram melibatkan bahan buangan terjadual di kawasan tanah lapang bersebelahan Sungai Kopok, Kampung Perigi Acheh, Tanjung Langsat.

Perintah reman terhadap lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret, A. Shaarmini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun selain denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Famey Yusoff berkata, premis itu telah beroperasi secara haram sebagai sebuah kilang membuat meja batu kuarza sejak enam tahun lalu.

“Siasatan awal kita dapati pembuangan tersebut adalah melibatkan bahan buangan terjadual dan pegawai penyiasat JAS juga telah membuat siasatan secara menyeluruh. Memang kita dapati bahan buangan tersebut berpunca atau dihasilkan oleh premis ini.

“Sehubungan itu, pemilik kilang berusia 50-an itu telah ditahan pada pukul 3.40 pagi semalam, sebelum tindakan mahkamah terus diambil.

“Tindakan ini susulan aduan penduduk kampung, khususnya nelayan darat mengenai penemuan ikan mati di sungai berkenaan sejak Khamis lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya