UTM hargai 600 kakitangan, bantu pembangunan universiti - Utusan Malaysia

UTM hargai 600 kakitangan, bantu pembangunan universiti

PROF. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah (tiga dari kiri) menerima Anugerah Inovasi Naib Canselor UTM pada Majlis Citra Karisma 2023 di UTM, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 600 kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diraikan dalam Majlis Citra Karisma 2023 bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka terhadap pembangunan universiti awam tersebut.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, program anjuran Jabatan Pendaftar UTM itu merupakan acara tahunan bagi menghargai staf UTM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang perkhidmatan bagi tahun penilaian semasa.

Selain itu, majlis itu turut bertujuan menghargai individu dan kumpulan staf yang telah berjaya membawa nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kita hargai mereka menerusi sumbangan penyelidikan, perundingan, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain bidang yang telah dilakukan. UTM sentiasa prihatin terhadap usaha keras dan tindakan proaktif kakitangan dalam memajukan kerjaya dan kecemerlangan institusi ini.

“Setiap perkara yang diusahakan warga UTM penting untuk membolehkan universiti bergerak dengan lancar dan berkesan bagi merealisasikan apa yang telah dirancang.

“Dalam menjayakan inisiatif enVision UTM 2025, kita semua perlu bergerak seiring dan menyokong satu sama lain demi memastikan UTM kekal unggul sebagai sebuah Universiti Penyelidikan tersohor,” katanya pada majlis tersebut yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM, di sini.

Tambah Ahmad Fauzi, UTM turut menyampaikan anugerah khas Anumerta kepada Allahyarham Prof. Dr. Mohammad Nazri Mohd. Jaafar yang telah meninggalkan sumbangan besar kepada universiti berkenaan.

“Anugerah itu diberi atas jasa dan sumbangan dalam bidang penyelidikan Kejuruteraan, Sains, Aeroangkasa, Gas dan Biodiesel sepanjang perkhidmatan beliau di UTM sejak 7 Ogos 1986 hingga 18 Mac 2023.

“Selain itu, anugerah paling berprestij, iaitu Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) diberikan kepada Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah dengan projek bertajuk ‘Iskandar Malaysia Ecolife Challenge’. Projek itu bertujuan memupuk kesedaran tentang Masyarakat Rendah Karbon (MRK) menerusi pendidikan di sekolah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya