Undi awal: Pusat Mengundi Pusasda libatkan pemilih paling ramai di NS - Utusan Malaysia

Undi awal: Pusat Mengundi Pusasda libatkan pemilih paling ramai di NS

SEBAHAGIAN anggota tentera yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi di Pusat Mengundi, Pusasda Port Dickson sempena pengundian awal PRN Ke-15 hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 26,079 orang pegawai dan anggota tentera dan polis di Negeri Sembilan dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi sempena pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 19,744 melibatkan tentera dan pasangan manakala 6,335 merupakan polis dan pasangan masing-masing.

Kesemua mereka mengundi di 38 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri ini hari ini.

Pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini yang terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mempunyai bilangan pemilih paling ramai iaitu 6,371 orang yang melibatkan sebanyak 13 jumlah saluran.

Bilangan pengundi awal paling sedikit pula adalah di Pusat Mengundi Khemah B, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu bagi DUN Pertang iaitu seramai 12 orang.

DUA orang anggota tentera yang cedera iaitu Wan Nur Akma Nabilah Wan Samsudin, 25 (kiri) dan Amirah Asilah Rumzihisham, 20, menunjukkan jari yang telah ditanda dengan dakwat selepas mereka selesai mengundi Pusat Mengundi, Pusasda, Port Dickson sempena pengundian awal PRN Ke-15 hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, tinjauan di Pusat Mengundi Pusasda menyaksikan proses pengundian awal berjalan lancar dan teratur.

Setiap pegawai dan anggota serta pasangan bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka itu sejak pusat mengundi itu dibuka pada pukul 8 pagi.

Ada dalam kalangan mereka tetap turun mengundi walaupun kelihatan cedera dan terpaksa menggunakan kerusi roda.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya