UMNO jamin tidak akan sokong pihak gugat Melayu, Islam - Utusan Malaysia

UMNO jamin tidak akan sokong pihak gugat Melayu, Islam

MOHAMAD Hasan ketika menyampaikan ceramah di Wisma UMNO Palong 2, Jempol hari ini. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: UMNO tidak akan menyokong mana-mana pihak atau apa-apa perkara yang dilihat mampu menggugat atau memberi ancaman kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Jaminan itu diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan dalam soal itu kerana apa juga perubahan dasar di negara ini ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu

“Adakah orang Melayu terancam, penjawat awam berstatus kontrak yang dibuang kerja semasa lapan bulan ini? tidak ada, jangan risau. Sebelum apa-apa mahu dilakukan kepada perubahan sebarang dasar ataupun rang undang-undang mesti dapat kelulusan Kabinet.

“Saya boleh jamin jika ada apa-apa yang akan menggugat agama, bangsa, dia tidak akan kami (UMNO) sokong dalam Kabinet. Ini semua momokan, dakyah mengelirukan kita… modal perkauman, agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Bersama Timbalan Presiden UMNO di Wisma UMNO, Palong 2, di sini hari ini.

Yang hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan lagi, UMNO dan BN memilih bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan adalah bagi mengurus negara dan demi masa depan negara.

“Tidak benar mengatakan UMNO menggadai maruah, kami tidak menggadai maruah,” tegasnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya