Tujuh remaja berebut awek dibebas dengan jamin - Utusan Malaysia

Tujuh remaja berebut awek dibebas dengan jamin

TANGKAP layar rakaman yang tular menunjukkan tujuh remaja memukul seorang pelajar yang disyaki berpunca daripada perebutan seorang reman wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tujuh remaja yang disyaki memikul seorang pelajar kerana berebut seorang teman wanita telah dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kertas siasatan tentang kejadian itu juga akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut hari ini.

“Siasatan telah selesai dan mereka telah dibebaskan dengan jamin. Tindakan seterusnya (serah kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya) akan diambil hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Semalam, Raub memaklumkan kesemua tujuh remaja lelaki termasuk seorang warganegara asing berusia 14 hingga 17 tahun dikenakan tahanan reman selama dua hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana disyaki memukul seorang pelajar lain dipercayai  berebut seorang teman wanita.

Akibat ditendang, dipijak dan ditumbuk beberapa kali pada bahagian badan, perut, tangan dan paha, mangsa yang berusia 15 tahun mengalami lebam, bengkak dan sakit di beberapa bahagian badannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya