Tujuh bayi merdeka lahir di KPJ Wilayah Selatan - Utusan Malaysia

Tujuh bayi merdeka lahir di KPJ Wilayah Selatan

FATIN NABILAH ABD. RAHMAN dan suaminya, Khairul Anwar Nunchik diraikan oleh jururawat atas kelahiran bayi perempuan mereka pada 31 Ogos di Hospital Pakar KPJ, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh bayi dilahirkan di lima buah Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66, hari ini.

Masing-masing dua di Hospital Pakar KPJ Johor dan KPJ Bandar Dato‘ Onn,  manakala seorang di Hospital Pakar KPJ Puteri, KPJ Pasir Gudang dan KPJ Kluang.

Di Hospital Pakar KPJ Johor, kelahiran dua bayi perempuan disambut dengan meriah yang turut diraikan oleh Pengurus Operasi hospotam berkenaan, S. Pratabhan dan Pengurus Komunikasi dan Pemasaran, Nurul Ain Hassan.

Bagi Damia Fadlyn Yusof, 24, seorang suri rumah bersama suaminya, Ahmad Al Mubarak Mohamed, 25 seorang kakitangan kerajaan amat gembira menyambut bayi sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos.

“Saya sangat bersyukur menerima puteri sulung kami dan berharap dia membesar dengan sihat dan apabila dewasa nanti dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ibu muda tersebut melahirkan bayi perempuannya seberat 3.52 kilogram (kg) secara pembedahan pada pukul 10.50 pagi.

Sementara itu, Fatin Nabihah Abd. Rahman, 31, seorang pegawai bank dan pasangannya, Khairul Anwar Nunchik, 29, seorang mekanik pula menyambut kelahiran anak sulung mereka, bayi perempuan seberat 2.78 kg pada pukul 9.55 pagi.

“Bersyukur dan sangat gembira sebab anak pertama lahir pada tarikh yang sangat bersejarah,  iaitu 31 Ogos.

“Harapan saya bayi ini dapat menjadi anak yang baik, soleh dan insya-Allah membesar menjadi seorang rakyat yang faham tentang konsep negara dan cintakan,” katanya.

Kedua-dua bayi ini dilahirkan secara pembedahan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Reproduktif), Dr. Sharifah Shahirah Syed Hashim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya