Trend politik 'taasub' PN merugikan Melayu, Islam, negara-Amanah

Trend politik ‘taasub’ PN merugikan Melayu, Islam, negara-Amanah

KHALID Abdul Samad pada sidang akhbar di Pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa trend politik bentuk pemikiran taasub kepada sesebuah parti politik tanpa mengambil endah prestasi sesebuah kerajaan yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) merugikan orang Melayu, Islam dan negara.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, PN sebenarnya tidak membangunkan pemikiran politik rakyat sebaliknya merosakkan dengan menyuntik sentimen perkauman dan agama yang songsang menyebabkan orang ramai langsung tidak memandang kepada soal prestasi kerajaan negeri.

“Jika trend politik dibawa PN (tidak melihat kepada prestasi pentadbiran kerajaan negeri)berterusan, ia akan merugikan negara dan rakyat. Sepatutnya kita ajar rakyat untuk menilai di atas prestasi kerajaan negeri.

“Kalau prestasi baik kekalkan dan sebaliknya tukar kerana mungkin ada pihak lain boleh buat lebih baik,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Amanah Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Khalid memberitahu, pemikiran politik ‘biar puak kita perintah walaupun kita mundur’ wajib diperangi dengan sebaik mungkin.

Katanya, perkara itu antara tanggungjawab yang akan dibawa oleh Amanah bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan lain, Khalid yang Pengerusi Amanah Kelantan tidak menolak kemungkinan faktor terlalu yakin dengan prestasi cemerlang kerajaan negeri Selangor memberi kesan terhadap keputusan PRN di negeri itu.

Katanya, pada masa sama tidak dinafikan sentimen emosi, perkauman dan penyalahgunaan sentimen keagamaan dimainkan PN telah memberi kesan besar sehingga mereka mampu memenangi 22 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Kemungkinan dalam PRN tempohari, PH terlalu yakin dengan prestasi cemerlang kerajaan negeri Selangor sejak 2008 sehingga PN berjaya menyebarkan sentimen emosi, perkauman dan keagamaan kepada segelintir rakyat di negeri itu.

“Keadaan itu dapat dilihat di DUN Hulu Bernam apabila calon PH, Amran Sakir lebih dikenali dalam kalangan rakyat di situ kalah kepada calon PN, Muiz Mahyuddin yang langsung tidak turun berkempen dengan majoriti 669 undi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya