Tindakan pantas guru selamatkan bilik guru SK Jerantut Jaya dari terbakar - Utusan Malaysia

Tindakan pantas guru selamatkan bilik guru SK Jerantut Jaya dari terbakar

ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan perkakasan komputer yang terbakar di bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Tindakan pantas beberapa guru memadamkan api berjaya mengelakkan bilik guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya di bandar ini daripada terbakar.

Kebakaran dikatakan berlaku membabitkan perkakasan komputer yang terdapat di bilik guru terbabit kira-kira pukul 11.10 pagi hari ini.

Kejadian turut menggemparkan guru serta kakitangan di bilik tersebut yang sedang menyemak kerja murid dan membuat kerja-kerja harian menggunakan komputer.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama sebuah jentera pemadam bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan daripada pihak sekolah.

“Setiba di lokasi, komander operasi, Shuaimi Mihamad mengesahkan berlaku kebakaran perkakasan komputer di bilik guru.

“Komander operasi memaklumkan kebakaran ini berjaya dipadamkan oleh kakitangan sekolah tersebut dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering. Kejadian ini tidak melibatkan struktur bangunan sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, Zulfadli, anggota bomba terus membuat pemeriksaan di lokasi tersebut bagi memastikan keadaan selamat sebelum mereka bertolak pulang ke BBP Jerantut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya