Tiga pelajar juara reka cipta hasilkan bekas makanan haiwan

Tiga pelajar juara reka cipta hasilkan bekas makanan haiwan automatik

PELAJAR SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, dari kiri Nur Adriana Batrisyia Muhd Rizal, Wee Xin Yi dan Indah Ros Liana Kusnan yang mereka cipta AXI Autofeeder muncul juara pada majlis Penyampaian Hadiah Maker Fair @ Johor Yayasan Petronas Coding4ALL di Universiti of Southampton Malaysia, Iskandar Puteri disini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ciptaan inovasi bekas makanan haiwan peliharaan automatik, AXI Autofeeder membawa tuah kepada tiga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Rahmat yang muncul juara dalam pertandingan reka cipta anjuran Yayasan Petronas.

Ketiga-tiga pelajar terbabit iaitu Nur Adriana Batrisyia Muhd. Rizal, Wee Xin Yi dan Indah Ros Liana Kusnan berjaya menewaskan 100 peserta lain dari tiga  buah sekolah menengah yang mengambil bahagian.

Ketua projek reka cipta berkenaan,  Wee Xin Yi berkata, nama AXI diambil sempena nama tiga ahli kumpulannya iaitu Adriana, Xin dan Indah.

Menurutnya, hasil ciptaan mereka diperoleh daripada idea seorang fasilitator di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika menjalankan kajian mengenai sistem sensor dan pengekodan.

“Dari situ saya bersama dua rakan saya mempelajari dengan lebih terperinci mengenai kegunaan sistem sensor dan mereka bentuk bekas makanan yang sesuai.

“Memang pada mulanya agak sukar untuk mempraktikkannya, namun atas semangat kami bertiga yang ingin belajar segala yang diajar oleh fasilitator, berjaya membuahkan hasil,” katanya kepada Utusan Malaysia sempena Program Yayasan Petronas Coding4All : Maker Fair 2023.

Tambah Wee Xin, program seumpama ini amat berguna kepada setiap pelajar bagi meningkatkan minat dalam menerokai pendidikan sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi atau STEM.

Alat hasil ciptaan pelajar dari SMK Tan Sri Mohamed Rahmat ini berfungsi secara automatik bagi memberi makan haiwan peliharaan di rumah terutama kucing.

Satu alat sensor RFID akan diletakkan di samping bekas makanan untuk mengenal pasti haiwan peliharaan yang ditetapkan membolehkan penutup makanan dibuka secara automatik sekiranya haiwan tersebut mencari makanan.

Tag RFID pula akan dijadikan rantai untuk diletakkan pada leher haiwan berkenaan dan sebaik menghampiri bekas makanan penutup akan terbuka dengan sendiri dan makanan yang berada di dalam kotak khas akan jatuh ke bekas makanan.

Naib johan dalam pertandingan itu dimenangi dari SMK Impian Emas dengan ciptaan inovasinya Water Reservoir dan ketiga juga dari SMK Impian Emas dengan ciptaan Smart Dustbin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya