Tidak sangka anak ketujuh lahir 31 Ogos - Utusan Malaysia

Tidak sangka anak ketujuh lahir 31 Ogos

BAYI merdeka yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ibu kepada tujuh orang anak tidak menyangka anak bongsunya akan dilahirkan bersempena tarikh bersejarah negara pada 31 Ogos hari ini.

Ibu terbabit, Khatejah Anum Ismail, 39, berkata, bayi lelakinya itu selamat dilahirkan pukul 9.12 pagi hari ini, lebih awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 8 September nanti.

“Memang saya tidak jangka langsung. Pagi tadi secara tiba-tiba terasa sakit dan terus ke hospital dan bersalin.

“Dalam tujuh orang anak saya, saya tidak sangka anak ketujuh ini akan lahir pada tarikh bersejarah,” katanya yang menetap di Sungai Ular di sini.

Dalam pada itu, seramai 15 ‘bayi merdeka’ dilahirkan bersempena tarikh bersejarah negara pada 31 Ogos di seluruh negeri ini bermula tengah malam tadi sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, seramai lima bayi perempuan dan 10 bayi lelaki dilahirkan secara normal kecuali seorang melalui kaedah vakum.

“Daripada jumlah itu, tujuh bayi kaum Melayu, enam bayi Orang Asal dan selebihnya merupakan warganegara asing,” katanya ketika ditemui pada program sambutan bayi kemerdekaan yang ke-66 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya lagi, ‘bayi merdeka’ pertama dilahirkan adalah di HTAA pada pukul 12.09 pagi tadi.

“HTAA mencatatkan kelahiran ‘bayi merdeka’ tertinggi iaitu lapan bayi, diikuti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (empat). Hospital Kuala Lipis, Hospital Pekan dan Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highland masing-masing satu kelahiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya