PETALING JAYA: Calon BN DUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz dilihat selesa dengan kelebihan 1,074 majoriti undi berbanding pencabarnya, calon PN, Azhar Hambali.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Johan mendapat 4,590 undi manakala Azhar,, 3,516 dan calon Muda, Al Hafiz Ikhwan (355 undi).
Sebelum ini, DAP mengakui sedikit terkilan dengan keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyerahkan kerusi Dusun Tua yang disandang parti itu kepada calon BN.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya perlu akur dengan keputusan tersebut kerana telah dimuktamadkan – UTUSAN