Teruskan penanda aras cemerlang di Batu Tiga

Teruskan penanda aras cemerlang di Batu Tiga

DANIAL AL RASHID HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

BERTANDING di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor diakui menjadi tugasan berat buat calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 itu, DANIAL AL RASHID HARON apabila terpaksa perlu memikul penanda aras pernah diletakkan penyandangnya Rodziah Ismail sebelum ini.

Justeru, bersama wartawan Utusan Malaysia MOHAMAD ATHIR ISMAIL beliau kongsikan bagaimana menghimpun kekuatan untuk mengekalkan kemenangan PH di DUN tersebut untuk penggal seterusnya.

Muka baharu dan segar, apa kekuatan hendak di bawa kepada pengundi di Batu Tiga?

Sudah tentu saya tampil dengan pengalaman dan latar belakang sebagai anak tempatan dan berkhidmat juga di kawasan Shah Alam sebagai ahli majlis (Majlis Bandaraya Shah Alam) serta SUK, itu tawaran yang boleh berikan kepada penduduk Batu Tiga, berbanding lawan lain yang tiada asas di Shah Alam untuk dibuktikan.

Rodziah Ismail merupakan bekas exco dan meninggalkan benchmark signifikan di Batu Tiga, bagaimana Danial akan memikul penanda aras itu?

Tak perlu bermula daripada zero sebab kita sama-sama dalam Kerajaan Perpaduan. Memang penanda aras tinggi, tetapi saya juga mengikuti semua program dan perkembangan dilaksanakan sejak 2008 sebab ketika dalam Parlimen Shah Alam, saya rasa tidak asing untuk membina prestasi lebih baik.

Kali pertama bertanding, tetapi bagaimana membawa keyakinan tersebut?

Saya boleh tawarkan pengalaman kerana pernah terlibat dalam hampir kebanyakan proses dasar kerajaan terutama dalam bidang pembangunan wanita, keluarga dan juga orang kurang upaya (OKU), jadi itu antara yang boleh saya tawarkan kepada pengundi sebab apabila melibatkan keluarga perlu dibangunkan untuk membina sosial dan masyarakat lebih baik.

Daripada 52 tawaran dalam Tawaran Kita Selangor, yang mana sebenarnya paling dinanti orang Batu Tiga?

Saya lihat, paling besar adalah isu mobiliti, bagaimana hendak membina satu jajaran pengangkutan awam yang sistematik di Batu Tiga, sebab LRT3 sedang berjalan tetapi langsung tidak melibatkan kawasan di DUN Batu Tiga, saya mesti berbincang dengan Kementerian Pengangkutan. B40 lebih memerlukan pengangkutan awam berbanding kumpulan lain.

Itu diumum Menteri Besar, macam mana dengan tawaran peribadi di Batu Tiga?

Saya lebih suka untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk dan akan bawakan lebih banyak pembangunan sedemikian sebab kawasan ini sudah pun sudah bangun, cuma kita hendak pastikan hasilnya dinikmati oleh penduduknya supaya boleh terlibat dalam kitaran ekonominya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya