Tak tahulah jika selalu memfitnah satu jalan ke pintu syurga

Tak tahulah jika selalu memfitnah satu jalan ke pintu syurga -Amirudin 

AMIRUDIN Shari melawat proses pengundian awal, di Depot Bekalan Pusat, Kor Perkhidmatan Diraja Batu Caves, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyindir tindakan Datuk Seri Mohd Sanusi Md. Noor yang mengupah laskar siber ( cybertroopers) untuk menyebar fitnah dan dianggap sebagai tindakan terdesak terutama pada minggu-minggu terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Amirudin, serangan demi serangan itu jelas menunjukkan bahawa mereka sudah kering idea untuk bermain dengan isu sehingga sanggup mengulangi isu-isu lapuk berunsur fitnah. 

“Bagi saya, serangan ini dibuat pada minggu terakhir, sebab mereka tahu isu-isu begini akan menjadi panjang lebar walaupun saya berulang kali jelaskan satu jam di  Parlimen berkenaan SMG, Yb Izham terangkan 45 minit di sidang DUN. 

“Benda ini bukan main-main sebab ia melibatkan proses, tapi mereka nak garap benda ini menjadi political score dan sayangnya ia menjadi fitnah. 

“Bila kita saman, dia marah pula, otak dia sama macam parti hijau, semua tuduhan dibuat parti hijau, PN betul-betul salin tampal,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Pusat Khidmat Rakyat, di sini, hari ini. 

Selain itu, Amirudin turut bertegas, tindakannya untuk memfailkan saman terhadap Sanusi dan kesemua laskar siber tersebut sebagai satu langkah mempertahankan diri dan bukan salah guna kuasa. 

Jelasnya, tindakan itu bukan untuk mengekang kebebasan bersuara sebaliknya untuk melawan fitnah yang dihamburkan terhadapnya. 

“Dia fitnah melata, tak salah guna kuasa atau masuk syurga? Tak tahulah pula jika memfitnah adalah satu jalan ke pintu syurga. 

“Salah-salah pintu bukan masuk syurga, tapi neraka. Tak kan orang saman nak pertahankan diri tak boleh? Tak akanlah menangis jumpa dengan dia?

“Orang tiada maruah macam Che’gu Bard tidak patut dilayan, keluarkan balik dakwaannya kepada Azmin tentang pintu gerbang, isu tiga alam.

“Saya tidak anggap berat apa-apa tuduhan yang dibuat oleh Che’gu Bard sebab dia hanya bergerak kerana orang mengupahnya,” katanya lagi.

Tambah Amirudin, isu yang ditimbulkan itu dijawab oleh semua pihak termasuk Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd dan Selangor Maritime Gateway (SMG) sebelum ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya