Suspek kedua kes tembak masih diburu Polis KL

Suspek kedua kes tembak masih diburu Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suspek kedua yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembak dua lelaki di Jalan Kepong, di sini pada Isnin lalu masih diburu polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya yakin bahawa kes berkenaan akan segera diselesaikan selepas suspek utama, Ganeshan Olakanathan, 40, berjaya ditahan pada hari sama.

“Kita percaya penangkapan suspek utama ini akan membawa kepada penangkapan suspek kedua yang berjaya melarikan diri.

“Setakat ini, kes ini boleh dianggarkan hampir selesai iaitu sebanyak 60 peratus. Kita dalam konteks mengesan seorang lagi suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, suspek yang ditahan merupakan seorang penganggur dan diberkas di sekitar kawasan Kajang dekat sini pada Isnin lalu.

“Suspek berjaya ditangkap pada hari kejadian dan direman bermula semalam hingga Isnin depan.

“Berdasarkan hasil semakan, kedua-dua suspek dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah,” ujarnya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek juga dipercayai terlibat dalam kes jenayah sekitar kawasan tersebut iaitu kes pecah rumah.

Terdahulu, media melaporkan berlaku kejadian tembak menembak dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong, di sini, yang jaraknya lebih kurang dua kilometer.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan semasa membuat rondaan.

Anggota polis cuba menahan kenderaan tersebut, tetapi suspek melarikan diri sebelum melanggar kenderaan awam setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Suspek kemudian mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB sehingga cedera.

Bagi mempertahankan diri, dua anggota URB melepaskan sembilan das tembakan ke arah tayar kereta suspek sehingga terbabas ke tepi jalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya