Sungai Timun akan terus jadi tumpuan pemburu sepit biru - Utusan Malaysia

Sungai Timun akan terus jadi tumpuan pemburu sepit biru

AMINUDDIN Harun (tengah) melepaskan benih udang galah sempena pertandingan Cabaran Sopit Biru Sungai Timun di Jeti Pengkalan Sungai Timun, di Rembau hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kerajaan Negeri Sembilan mahu memastikan kawasan Sungai Timun di sini terus kaya dengan udang galah atau digelar sepit biru sekali gus menjadi tumpuan pemburu hasil hidupan air tawar itu yang datang dari seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu kerajaan negeri kini dalam proses perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan bagi menambah benih-benih udang galah asal di kawasan itu.

Jelas beliau, benih udang galah dari habitat itu mampu menghasilkan saiz yang lebih besar dan ia tentunya daya tarikan ke kawasan Sungai Timun

“Itu saya bincang untuk tambah benih-benih udang galah. Kami tengah cuba dapatkan udang galah yang asal untuk dibuat pembenihan dan lepaskan semula di kawasan ini.

“Sepit biru yang asal saiznya lebih besar dan kami berharap pembenihan ini dapat dilakukan dan menjadi satu tarikan yang menarik di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Sopit Biru Sungai Timun di Jeti Pengkalan Sungai Timun, di sini, hari ini.

Sebanyak 150 penyertaan diterima bagi pertandingan itu yang datang dari seluruh negara seperti Perak, Selangor dan Kelantan dengan penglibatan sebanyak 70 buah bot.

Pada acara itu, Aminuddin turut melepaskan sebanyak 20,000 benih udang galah bagi meningkatkan populasi udang galah yang merupakan sumber rezeki kepada nelayan serta masyarakat setempat di lokasi tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, pihaknya akan memastikan habitat asal di Sungai Timun dikekalkan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang projek naik taraf yang akan memberi kerugian besar dalam aspek alam sekitar di situ.

Jelas beliau, Sungai Timun dan Sungai Linggi mempunyai pelbagai tarikan semula jadi dan habitat buaya dan juga kelip- kelip pada waktu malam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya