SK Sg. Tiram beroperasi semula - Utusan Malaysia

SK Sg. Tiram beroperasi semula

BEBERAPA orang murid keluar dari SK Sungai Tiram yang dibuka semula selepas beberapa murid mengalami pening dan muntah kelmarin akibat terhidu bau busuk dipercayai akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini beroperasi seperti biasa biarpun terdapat murid dan guru mengalami pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bahan kimia, kelmarin.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ibu bapa menghantar anak-anak mereka bersekolah seperti biasa bagi sesi pagi dan petang.

SK Sungai Tiram ditutup kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin apabila terdapat 24 murid, dua guru dan dua pekerja kantin mengalami pening dan muntah dipercayai terhidu bau busuk seperti bahan kimia.

Susulan itu, sekolah tersebut turut ditutup semalam bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan kerja-kerja mengesan pencemaran bau berkenaan.

Selain sekolah tersebut, kedai-kedai berhampiran SK Sungai Tiram turut tidak beroperasi kerana tidak mahu mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan.

Semalam, Komander Operasi dari BBP Johor Jaya, Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd. Salleh Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pencemaran bau kimia itu pada pukul 3 petang sebelum 17 anggota dikejar ke tempat kejadian.

Mereka dibantu pakar daripada Pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) dari Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat negeri ini, Melaka dan Negeri Sembilan bagi mengesan pencemaran bau berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN