Sepupu pecah tradisi buka markas PH di pekarangan rumah Mohd. Amar

Sepupu pecah tradisi buka markas PH di pekarangan rumah Mohd. Amar

MUHAMAD Fekri Muhamad Yusoff (tengah) bersama beberapa penyokong PH berbincang mengenai persiapan akhir kempen menjelang PRN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang sepupu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memecah tradisi apabila membuka markas Pakatan Harapan (PH) buat julung kalinya di kawasan pekarangan rumah Naib Presiden Pas di cabang empat Panchor di sini.

Muhamad Fekri Muhamad Yusoff, 62, berkata, sepanjang usianya itu tidak pernah lagi mana-mana parti yang berlawan dengan Pas membuka markas di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor yang merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama.

“Saya buka markas ini di atas lot tanah yang sama dengan kediaman Mohd. Amar tanpa paksaan sesiapa. Mohd. Amar adalah sepupu, manakala Syed Mohd. Alidustur juga saudara saya. Jadi tanah ini merupakan tanah keluarga saya juga.

“Sejak lahir sehingga saya berumur 62 tahun, ini kali pertama markas parti lain dibuka di kawasan ini kerana tempat ini terkenal dengan kubu Pas sejak dahulu,”katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Muhamad Fekri memberitahu, dia berbuat demikian disebabkan tidak puas berpuas hati dengan kepimpinan Pas yang hanya menggunakan nama Islam semata-mata sebagai alat perjuangan untuk menarik sokongan rakyat.

Katantya, Pas yang sekarang yang dilihat tidak memperjuangkan Islam sebagaimana pemerintahan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya tidak pernah bergaduh dia (Mohd. Amar) kerana setiap kali solat, kami akan solat di masjid yang sama, lagipun selepas sahaja selesai mengundi, saya akan menutup semula markas ini.

“Jika sebelum ini saya adalah penyokong Pas, namun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya tidak lagi menyokong Pas malah tekad beralih arah menyokong PH,” katanya.

Mohd. Amar merupakan calon Pas untuk PRN kali ini, selain merupakan penyandang kerusi DUN Panchor-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya