Sengkang mata siapkan wau puyuh gergasi bertemakan kemerdekaan

Sengkang mata siapkan wau puyuh gergasi bertemakan kemerdekaan

SEKUMPULAN anak muda menunjukkan wau puyuh gergasi yang dihasilkan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-66 di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sekumpulan anak muda dari Kampung Gaung, Tendong di sini bersengkang mata sejak tiga minggu lalu bagi menyiapkan wau puyuh gergasi bersaiz tiga meter bertemakan kemerdekaan.

Che Faris Hussin, 30, berkata, pembuatan wau itu merupakan tanda kecintaan mereka kepada negara sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 pada 31 Ogos ini.

Menurutnya, walaupun ‘bermandi’ peluh namun mereka gembira dapat menyiapkan wau puyuh itu untuk diterbangkan pada sambutan Hari Kebangsaan nanti di Pantai Geting, Tumpat.

“Melalui pembuatan wau ini kami dedikasikan ucapan terima kasih kepada orang-orang tua terdahulu yang telah mengorbankan nyawa membebaskan tanah air dari penjajah.

“Wau puyuh ini dihasilkan mengikut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Pada masa sama, ia turut ‘disobek’ (dihiaskan) dengan motif bulan bintang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Che Faris yang merupakan Ahli Kelab Warisan Wau Tendong memberitahu, usaha itu secara tidak langsung mampu menyuburkan lagi permainan tradisi rakyat negeri ini kepada pihak luar.

Katanya, dia dan rakan-rakan membelanjakan RM300 untuk menyiapkan wau tersebut.

“Saya berterima kasih kepada semua rakan-rakan termasuk Pak Do yang telah membantu merealisasikan hasrat murni ini. 

“Segala penat jerih membuat dan menyiapkan wau ini akan berbalas sejurus sahaja ia diterbangkan nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya