Sektor pelancongan Johor pulih 80 peratus - Utusan Malaysia

Sektor pelancongan Johor pulih 80 peratus

SUHAIRI HASHIM (tengah) bersama barisan artis sempena Majlis Perasmian Festival Majestic Johor Festival 2023 di Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sektor pelancongan negeri ini berada pada landasan tepat untuk kembali pulih sepenuhnya daripada kesan Covid-19 selepas tiga tahun dunia dilanda pandemik berkenaan.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, pihaknya menganggarkan proses pemulihan sektor pelancongan negeri ini telah mencapai tahap 80 peratus berbanding sebelum pandemik.

Menurutnya, perkara itu turut disumbang pelbagai aktiviti berskala besar yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

“Kita menyasarkan sejumlah 10 juta pelancong bermalam di Johor tahun ini, namun setakat Ogos ini, seramai 8.8 juta pelancong telah bermalam di negeri ini. Oleh itu kita yakin jumlah pelancong bermalam boleh mencapai sehingga 15 juta sehingga akhir tahun.

“Pada tahun lalu, Johor merekodkan seramai sembilan juta pelancong bermalam, itu dalam keadaan pintu sempadan antarabangsa baharu dibuka. Jadi, pastinya tahun ini lebih ramai lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Festival Majestic Johor 2023, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Datuk Saripah Raziah atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah.

Sementara itu, Tourism Johor menyasarkan kehadiran seramai 650,000 pengunjung sepanjang tempoh sembilan hari penganjuran Festival Majestic Johor 2023 yang bermula 26 Ogos ini.

Suhairi berkata, jumlah itu merupakan peningkatan berbanding kehadiran seramai 600,000 pengunjung dalam program sama, tahun lalu.

“Kali ini, tarikan utamanya adalah kita melibatkan penyertaan skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan menyaksikan para pemain utamanya  turut hadir.

“Selain itu, program tahun ini akan turut menampilkan seramai 60 artis popular tempatan yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan setiap malam program berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan penganjuran  Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 baru-baru ini mencapai kejayaan apabila disambut baik rakyat negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya