Sekolah Global Matrix cemerlang dalam peperiksaan IGCSE - Utusan Malaysia

Sekolah Global Matrix cemerlang dalam peperiksaan IGCSE

LOH Ghee Juan (belakang, tiga dari kiri) bersama empat pelajar MGS yang mendapat keputusan cemerlang dalam IGCSE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sekolah Global Matrix (MGS) sekali lagi berjaya mencapai kejayaan cemerlang menerusi keputusan peperiksaan Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE) pelajarnya baru-baru ini.

Pengetua Kampus MGS, Loh Ghee Juan berkata, Purata Nilai Gred (GPA) pada tahun ini menunjukkan prestasi cemerlang iaitu 1.36 berbanding 1.81 pada 2022.

“Seramai empat orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran dan peratusan GPA juga menunjukkan peningkatan yang hebat.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian cemerlang pelajar Tahun 11 MGS yang mana keputusan cemerlang ini menekankan sinergi antara kesungguhan pelajar dan sokongan keluarga serta guru,” katanya kepada pemberita di sini

Ghee Juan berkata, empat pelajar cemerlang yang mendapat semua A ialah Quek Joann, Loh Yi Ling, A. Piravin dan Javier Lim Ky Jien.

“Kami yakin MGS bukan sahaja membantu pelajar dalam akademik tetapi juga dalam memupuk kualiti dan pembangunan keseluruhan mereka.

“Tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian mereka yang luar biasa dan terima kasih kepada guru serta ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka,” katanya.

Pelajar cemerlang,  Loh Yi Ling berkata, biasanya dia akan membuat nota sendiri dan membuat ulang kaji selepas waktu persekolahan kerana ia akan membuatkannya mengingati segala maklumat.

“Sepanjang saya di MGS, saya telah belajar cara mendisiplinkan diri dan lebih berdikari,” katanya. 

Javier Lim pula tidak menyangka akan memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan IGCSE.

“Tips saya semasa menduduki peperiksaan ialah belajar secara konsisten, banyakkan ulangkaji sebelum peperiksaan,” katanya.

Bagi A.Piravin, dia tidak mempunyai petua khas pembelajaran tetapi mencadangkan pelajar yang akan menduduki IGCSE supaya merancang pembelajaran dengan menumpukan perhatian kepada subjek yang lebih sukar.

 Quah Joanne turut menasihatkan pelajar supaya memberi perhatian kepada pembelajaran guru dalam kelas selain mendisiplin diri.

“Saya minat mata pelajaran perniagaan dan akaun, rancangan saya adalah untuk memberi tumpuan kepada dua subjek itu pada masa hadapan,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN