KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle berharap kemelut rumah tangganya berakhir dengan baik agar hubungan dengan Farid Kamil kekal meskipun tidak lagi bergelar suami isteri selepas ini. Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Beeson, 32, berkata, dia enggan bermusuhan, sebaliknya sentiasa mengharapkan pengakhiran terbaik untuk mereka dan anak-anak. “Mestilah saya mahukan pengakhiran yang aman untuk kami kekalkan hubungan baik demi silaturrahim kami dan anak-anak. “Saya doakan kami dapat mencapai pengakhiran yang baik. Itu sahaja yang boleh saya doakan. “Saya akan lega bila ia betul-betul berakhir. Sekarang ini saya masih menunggu keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya