RTW bantu 44,154 Orang Berinsurans (OB) Perkeso kembali bekerja semula

RTW bantu 44,154 Orang Berinsurans (OB) Perkeso kembali bekerja semula.

DR. Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga, kanan) menyerahkan replika tajaan peralatan bengkel Tengku Mohamad Amirul Akmal menerusi Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Program Return To Work (RTW) telah berjaya membantu seramai 44,154 Orang Berinsurans (OB) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kembali bekerja semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 63,399 OB yang melibatkan fizikal dan mental yang telah menerima manfaat tersebut sejak 2020 sehingga Jun lalu.

“Menerusi program RTW Perkeso, ini bukan sahaja mengembalikan semula pekerja yang telah direhabilitasi ekoran hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit ke alam pekerjaan.

“Selain itu program ini juga membantu pekerja yang mengalami penyakit psikiatri untuk kembali produktif dalam dunia pekerjaan,”katanya kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Peralatan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin di Kampung Hutan Banggol di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mohammed Azman menyerahkan peralatan bengkel kereta bernilai RM4,060 kepada pengusaha bengkel kereta, Tengku Mohamad Amirul Akmal Tengku Roslan.

Dr. Mohammed Azman memberitahu, program RTW ini turut dilaksanakan secara kerjasama dengan hospital-hospital di Malaysia menerusi Program Re-employment Support, Treatment and Rehabilitation Team (Restart).

Katanya, Restart adalah kerjasama cawangan RTW Perkeso dengan Pusat Kesihatan Mental Komuniti (Menteri) serta Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Menerusi kerjasama ini, pesakit terbabit dibantu melalui Program RTW Perkeso dan Program Sokongan Pekerjaan (Menteri) sehingga pesakit dapat berdikari dalam pelbagai segi dan mampu bekerja semula. 

“Sehingga kini, hampir 30 hospital-hospital kerajaan di seluruh negara telah bekerjasama termasuk lima daripadanya di Kelantan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),  Hospital Kuala Krai, Menteri Ketereh dan Hospital Tanah Merah dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya