Rozi tewas selepas empat penggal menang di Telemung  - Utusan Malaysia

Rozi tewas selepas empat penggal menang di Telemung 

MOHD. Zawawi Ismail (tiga dari kanan) diumumkan sebagai pemenang DUN Telemung dalam PRN di Hulu Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk  Rozi Mamat yang merupakan penyandang kerusi Undangan Negeri (DUN) Telemung selama empat penggal tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Zawawi Ismail dengan majoriti tipis 295 undian. 

Mohd. Zawawi berjaya memperoleh 8,380 jumlah undian manakala Rozi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu pula mendapat 8,085 undian.

Kemenangan Mohd.. Zawawi itu sekali gus melakar sejarah baharu di DUN Telemung kerana mampu merobohkan kubu kuat BN di kerusi berkenaan. 

“Saya akui pertandingan agak sengit kerana sedia maklum Telemung kubu kuat BN. Peringkat awalnya, saya seperti tidak percaya apabila mampu memenangi kerusi ini. 

“Kemenangan ini begitu tragis dan bersejarah. Saya hanya ‘jambatan’ sahaja, pemenang sebenar adalah jentera serta penyokong yang telah lama berjuang untuk capai kemenangan di DUN Telemong. 

“Tidak dinafikan pengundi luar antara penyumbang utama kepada PN, begitu juga dengan pengundi atas pagar yang menolak PH-BN,” katanya selepas keputusan diumumkan. 

Pada PRU14 lalu, Rozi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu menang dengan majoriti 4,159  selepas mendapat 9,407 undi dalam pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Pas, Kamaruzaman Abdullah (5,248 undi) dan calon PH, Syarifah Norhayati Syed Omar (455 undi). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya