Rasmi: Gabungan BN-PH rampas DUN Kota Lama

Rasmi: Gabungan BN-PH rampas DUN Kota Lama

DR. Hafidzah Mustakim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) membuat kejutan apabila merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama daripada Pas selepas calonnya Dr. Hafidzah Mustakim diumumkan sebagai pemenang kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Rasmi di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi menyaksikan Dr. Hafidzah menang dengan majoriti tipis 202 undi.

Pada PRN kali ini Dr. Hafidzah memperoleh 9,691 undi mengatasi calon Pas, Datuk Zamri Ismail yang mendapat 9,489 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Boon Kian hanya berjaya mengumpul 209 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya