TUMPAT: Persuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menepati ramalan apabila menang bergaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Keputusan itu menyaksikan Ahmad menang dengan majoriti 12,811 undi.
Pada PRN itu Ahmad memperoleh undian sebanyak 18,783 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim mendapat 5,972 undi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Ahmad mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan sejak tahun 1995 lalu.-UTUSAN