PRN: Tolak jawatan MB Kelantan sebab masalah kesihatan-Ahmad

PRN: Tolak jawatan MB Kelantan sebab masalah kesihatan-Ahmad

Kos pengundian melalui memangkah kertas undi boleh dikurangkan dengan penggunaan sistem undi elektronik (EVS). - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Persuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengesahkan masalah kesihatan yang dialami menjadi sebab utama beliau menolak untuk kekal sebagai Menteri Besar jika parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahmad berkata, masalah kesihatan itu melibatkan ‘slip dics’ selepas terjatuh sebanyak dua kali sebelum ini selain jantung.

Menurutnya, perkara tersebut sudah dimaklumkan sejak awal lagi kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Oleh sebab itu, saya maklum kepada kepimpinan parti untuk tidak kekal sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Kelantan bakal mendapat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu sekiranya Pas kekal mentadbir negeri itu pada PRN.

Beliau menjelaskan, pihaknya memutuskan perubahan kedudukan dua jawatan itu dengan mengemukakan gabungan kepemimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awan di Rusila, Terengganu, baru-baru ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN