PRN: Sosioekonomi, pembangunan bekalan air bersih antara 18 tawaran PN Kelantan kepada rakyat

PRN: Sosioekonomi, pembangunan bekalan air bersih antara 18 tawaran PN Kelantan kepada rakyat

AHMAD Yakob (tengah) semasa majlis Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Pembangunan sosioekonomi dan pembangunan bekalan air bersih antara 18 program yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional (PN) Kelantan kepada rakyat di negeri ini di bawah slogan ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’ sempena pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, 18 program utama itu melibatkan 96 pengisian yang dilaksanakan sepanjang lima tahun akan datang sekiranya Pas terus diberikan mandat mentadbir Kelantan selepas ini.

Menurutnya, Pas Kelantan memilih program berbanding manifesto kerana ia membawa maksud perancangan yang benar-benar mahu dilaksanakan dan bukan sekadar satu retorik.

“Kita telah berjaya menyempurnakan sebanyak 98 peratus manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu. Hanya dua peratus tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Kita sambung kali ini demi kebaikan dan kebajikan rakyat Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas program Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, di sini sebentar tadi.

 

SEBAHAGIAN calon Perikatan Nasional Kelantan yang hadir pada majlis Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan: Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, Pas Kelantan merangka program-program yang ditawarkan mengikut keupayaan berpandukan asas-asas di peringkat kerajaan negeri.

“Kita mempunyai kerajaan negeri dan persekutuan. Mengikut bajet yang mampu disediakan di peringkat kerajaan negeri maka inilah tawaran yang dapat kita berikan kepada rakyat di negeri ini.

“Semoga tawaran ini benar-benar dapat kita laksanakan dalam masa lima tahun akan datang,” ujarnya.

Pas Kelantan turut pembangunan insaniah, pembangunan pendidikan dan kemahiran, pembangunan wanita serta pembangunan keluarga dan masyarakat turut diberikan perhatian.

Turut ditawarkan program anak muda bermaruah, kecaknaan insan istimewa, perluasan prasarana digital, memajukan produktiviti pertanian dan melestari alam sekitar, ihtirafi tadbir urus serta kesejahteraan rakyat.

Seni budaya dan warisan Kelantan, kesukanan dan rekreasi, mengukuhkan hubungan antara kaum, cakna perantau serta kebersamaan badan bukan kerajaan (NGO) turut dijadikan sebagai paksi utama program.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya