Polis Negeri Sembilan buka 11 kertas siasatan kesalahan kempen PRN

Polis Negeri Sembilan buka 11 kertas siasatan berhubung kesalahan kempen PRN

AHMAD Dzaffir Mohd. Yussof meninjau Pusat Mengundi Awal Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 11 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan dalam kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 telah dibuka polis Negeri Sembilan setakat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, melalui jumlah itu sebanyak 96 laporan polis juga telah diterima. 

“Siasatan yang dijalankan melibatkan bendera iaitu khianat merosakkan bendera dan membakar khemah parti manakala satu kes melibatkan kecurian kerusi dan meja dalam khemah di bilik gerakan parti di tepi jalan, di tepi taman perumahan. 

“Kebanyakan laporan dibuat di daerah Seremban namun tiada tangkapan dilakukan. Setakat ini, bagi negeri ini tiada sebarang isu melibatkan isu bangsa, agama dan institusi raja (3R) dan pihak kami masih berterusan memantau kempen dan sosial media sekiranya ada isu 3R ini dimainkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Mengundi Awal di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan di sini hari ini.

Di Negeri Sembilan, seramai 26,079 anggota tentera dan polis serta pasangan menjalankan tanggungjawab pada pengundian awal PRN Ke-15 hari ini.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, jumlah peratusan keluar mengundi bagi undi awal di Negeri Sembilan mencecah 75 peratus.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya