PRN : Penyokong Pas bukan Islam ligat gantung bendera bulan

PRN : Penyokong Pas bukan Islam ligat gantung bendera bulan

PENYOKONG Pas bukan Islam  di DUN Kota Lama saling berkerjasama menggantung bendera serta menghias markas Pas  di Dataran Cheng Ho,Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyokong Pas bukan Islam Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, di sini ‘ligat’ menggantung bendera bulan dan menghias markas sempena pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Kelantan, Lim Guan Seng berkata, meskipun parti Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam, namun ia bukan isu buat mereka.

“Kami adalah penyokong Pas yang terdiri daripada kaum cina serta india dan walaupun kami berbeza agama, namun ia bukan masalah untuk kami menyokong parti pilihan dan bersama-sama menyemarakkan tempoh berkempen.

“Sejak sebulan lalu, hampir setiap malam, kami berkumpul untuk memasang bendera serta menghias jalan dengan bendera parti yang menjadi sokongan kami sejak sekian lama,”katanya ketika ditemui di Markas Pas Dun Kota Lama di Dataran Cheng Ho, di sini, semalam.

Guan Seng memberitahu, sepanjang tempoh berkempen ini juga pelbagai aktiviti dilakukan bersama dengan rakan-rakan bangsa lain di bawah parti Pas.

Katanya, ia sekali gus memberi peluang kepada ahli-ahli parti untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan sesama mereka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya