PRN : Pas mahu naik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa jika terus diberi mandat

PRN : Pas mahu naik taraf LTSIP kepada lapangan terbang antarabangsa jika terus diberi mandat

AZAMI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas Kelantan akan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini kepada lapangan terbang antarabangsa sekiranya Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir negeri ini pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, projek pembesaran dan kerja-kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan ketika ini seterusnya dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Menurutnya, bagaimanapun ia masih belum diiktiraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, namun penerbangan bawah masa lima jam boleh terus dilakukan ke destinasi sepert Singapura, Indonesia, Kemboja, Brunei dan sebagainya.

“Selepas projek naik taraf ketika ini siap, kita boleh naik penerbangan terus di Kota Bharu, tanpa perlu pergi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.

“Tetapi lalau kita menang esok (PRN), kita boleh naik taraf lapangan terbang (antarabangsa) untuk memudahkan kita nak pergi haji. Saya tahu sebab saya jaga portfolio ini,” katanya semasa Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Azami yang juga calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok memberitahu, pihak lawan seolah-olah ketandusan isu apabila memainkan isu lama termasuk masalah air dam jalan raya pada kempen PRN ini.

Katanya, Kelantan telah meminta peruntukan sebanyak RM8 bilion dari Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air.

“Kita mahu RM1.7 bilion dalam bentuk geran seperti negeri-negeri yang lain namun, kerajaan mahu beri RM1.7 bilion dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.

“Pakat doa lepas PRN, Menteri Besar akan jumpa Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya RM1.7 bilion ini diberi dalam bentuk geran. Demi keselesaan rakyat kita akan ambil juga (pinjaman), nak bayar atau tidak kita kira lepas ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN