PRN: Pas Kelantan hantar tiga nama calon MB jika kekal tadbir serambi Mekah

PRN: Pas Kelantan hantar tiga nama calon MB jika kekal tadbir serambi Mekah

AHMAD Yakob menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat sebagai simbolik mengundi untuk PRN di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pas Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar (MB) negeri itu kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang jika diberi mandat oleh rakyat untuk kekal mentadbir bumi serambi Mekah sejurus keputusanPilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan malam ini.

Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terpilih itu kemudiannya akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan untuk mendapat perkenan.

“Mahu jadi MB bukan tugas mudah, ada syarat iaitu tahan diuji,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini hari ini ini.

Dalam pada itu, Ahmad tetap yakin Pas mampu kekal mentadbir negeri ini walaupun peratusan keluar mengundi agak rendah berbanding Terengganu dan Kedah.PRN kali ini Pas bertanding di 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala enam lagi diserahkan kepada rakan dalam Perikatan Nasional iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pas menang 37 kerusi manakala lapan dimenangi Barisan Nasional (BN).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN